Portal berita terbaik anda

Utama

Demi rakyat, Cleopatra mohon kerajaan PH kurangkan cukai kereta import

Wanita berkebaya yang pernah bertemu dengan menteri belia dan sukan mendakwa cadangan untuk menurunkan cukai import kenderaan bukanlah kerana ingin membeli kereta mewah.

Cleopatra, nama popular Nur Fathiah Syazwana Shahruddin, 25, berkata apa yang diusulkan adalah keluh-kesah majoriti rakyat Malaysia.

“Saya cuma mahu suara rakyat didengari oleh kerajaan supaya kita dapat berubah ke arah lebih baik.

“Rakyat mengadu kereta nasional kita mahal seperti harga kereta import,” katanya kepada ProjekMM.

Pengarah Cleo International berkata ada pihak tersalah anggap mendakwa cadangan itu bagi membela golongan berada.

Katanya, penurunan cukai kenderaan dan duti import mampu merancakkan lagi jualan kereta tempatan kerana merupakan satu keperluan.

Kerajaan juga dicadangkan agar meningkatkan akses kemudahan awam terutama di luar bandar.

Penurunan harga petrol, mewujudkan peluang pekerjaan termasuk meningkatkan pemberian gaji minimum seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan antara usaha yang sedang digerakkan.

“Semoga manifesto akan terlaksana pada 2020 Demi Rakyat!” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply