Demi peminat, Faiz Roslan kembali aktifkan Instagram

0
427

Dua minggu lepas, kecoh di media sosial apabila seorang remaja, Faiz Roslan telah mencetuskan kontroversi apabila dia dan rakan-rakannya membuat parodi lagu Lagi Syantik yang keterlaluan dengan mengenakan pakaian seperti perempuan.

Apatah lagi, video itu dimuat naik pada hari pertama bulan Ramadhan.

Beberapa pihak telah tampil memberi teguran secara terbuka kepada Faiz antaranya Dai’ Wan, Sharnaaz Ahmad, Azza Elite dan ramai lagi.

Tidak tahan dengan kecaman netizen, selang beberapa hari kemudian, Faiz telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Baca: Safiey Illias bimbang Faiz Roslan akan bunuh diri

Tetapi, selepas hanya 5 hari, remaja berusia 18 tahun itu telah kembali ‘menghidupkan’ semula akaun laman sosialnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here