Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Demi menuntut ilmu, tiga beradik tak malu pakai baju lusuh ke sekolah

KUANTAN – Tiga beradik daripada keluarga miskin mengakui tidak pernah malu ke sekolah walaupun terpaksa memakai pakaian seragam lusuh.

Puteri Khayrol Bariyah Mukhlis,16, berkata, niatnya hanya untuk menimba ilmu dan mahu mengubah nasib keluarga.

Pelajar itu berkata, dia dan dua adiknya Muhd Saffik, 15, dan Nabila Shahleha, 13, memahami kekurangan keluarga selepas menjadi anak yatim.

Bagaimanapun, tiga beradik itu mengakui bertuah kerana kesudian pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat membantu bagi membolehkan mereka memakai kelengkapan persekolahan baharu serta kelengkapan.

“Hanya ALLAH sahaja boleh balas jasa baik pihak yang meringankan beban kami adik-beradik,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Raya Sakan hari ini.

Tiga beradik itu antara 70 penerima program back to school Prihatin Rakyat Paya Besar 2020 anjuran Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar bersama Jabatan Pengurusan Bangunan Awam Menara Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Bangunan Awam Menara Kuala Lumpur, Affandi Abdullah berkata, program itu bertujuan membantu anak-anak yatim dan asnaf membuat persiapan persekolahan.

“Insya-ALLAH kami akan terus melaksanakan program sebegini dan bekerjasama dengan NGO bagi memberi keceriaan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Pengarah program, Mohd Fitri Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan atau kerjasama individu, agensi, syarikat atau badan korporat untuk membantu 600 lagi penerima.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 556226404572 atas nama Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar atau hubungi talian 0162640448.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén