Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Demi mak ayah, Safiey Illias jalani pembedahan buang silikon di dada

SEJAK kebelakangan ini, usahawan kosmetik terkenal Safiey Illias kerap memuat naik status positif mengenai dirinya yang ingin berubah ke jalan Allah.

Status tersebut diikuti dengan dengan imej terbarunya yang kini berambut pendek dan tidak lagi mengenakan pakaian wanita.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 25, turut memberitahu pengikut Instagramnya yang beliau akan menjalani pembedahan membuang silikon di dadanya hari ini.

“Esok (hari ini) saya akan melakukan pembedahan buang silicone . Doakan saya . Mungkin jarang update dan live . Mak dan ayah pun dah ada di rumah untuk jaga saya. Yang asyik tanya bila nak buang jadi saya update . Nanti saya post siliconenya nak sangat,” katanya.

Safiey juga turut meluahkan perasaan rindu terhadap ibu bapanya dan memohon maaf kepada keluarganya atas perbuatannya menukar jantina sebelum ini.

Berikutan itu, netizen mendoakan semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar dan memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus istiqamah.

UPDATE TERKINI:

Sebentar tadi, Safiey telah memuat naik status memaklumkan bahawa dia telah selesai menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah . Maaf mungkin jarang update baru selesai buang implan silicone. Ayah suruh. Saya turuti . Sebab saya fikir esok mati macam mana. Saya buat demi redha Allah dan mak ayah.

“Kawan ada juga yang halang , tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab bukan kawan saya . Saya tak boleh nak tulis panjang2 sebab sakit . Semoga setiap darah yang menitik semasa di bilik bedah adalah darah syahid. Amin. Doakan saya cepat sembuh. Sakit longlai . Badan lemah. Salam MAAL HIJRAH yang akan datang tak lama lagi,” katanya.

Diharapkan netizen dapatlah sama-sama mendoakan semoga supaya Safiey kuat dan terus istiqamah dengan dugaan yang dihadapinya sekarang, dan sentiasa memberikan kata-kata positif agar beliau tidak berubah fikiran lagi seperti sebelum ini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén