DAP bantah hasrat Terengganu jaga kehormatan wanita

BANGI – Parti rasis dan cauvinis DAP mengutuk hasrat Terengganu yang mahu mewartakan garis panduan penganjuran program hiburan kebudayaan dan pelancongan dalam masa terdekat.

Pengarah Biro Hal Ehwal Pembangunan DAP Kelantan dan Terengganu, Lee Chin Chen yang tidak berpuas hati dengan perkara itu menyifatkan, peraturan hiburan dan pertunjukan kebudayaan yang diusulkan oleh kerajaan negeri itu sebagai melanggar hak asasi kebebasan rakyat serta menyebabkan Terengganu selangkah menjadi negeri mundur.

Beliau turut menegaskan bahawa, kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak yang sah untuk membataskan pertunjukan yang dibuat oleh orang bukan Islam.

“Seperti peraturan tidak masuk akal hanya membenarkan lelaki membuat pertunjukkan di atas pentas terbuka, sebaliknya pertunjukkan oleh wanita hanya boleh dibuat di tempat tertutup dan ditonton oleh penonton wanita sahaja.

“Ini membuktikan kerajaan negeri Terengganu langsung tidak tahu menghormati budaya orang bukan Islam, tidak tahu cara memelihara keharmonian di kalangan penduduk pelbagai kaum, hanya tahu mencabar kuasa kerajaan memaksa kumpulan minoriti tunduk kepada hegemoni agama dan budaya mereka,” dakwanya merujuk kenyataan yang dikeluarkan portal news66media.com.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berharap, dapat mewartakan garis panduan penganjuran program hiburan kebudayaan dan pelancongan dalam masa terdekat.

Ia merupakan sebahagian dari 11 garis panduan yang telah diumumkan pada 11 Oktober 2018.

Garis panduan itu sepatutnya berkuat kuasa pada Januari lalu tetapi ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa larangan itu akan dilaksanakan tidak lama lagi setelah kekangan undang-undang sedia ada diselesaikan.

Ariffin juga berpendapat bahawa garis panduan itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan.

Loading...

Leave a Reply