Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Dakwah Zakir Naik tidak sesuai di Malaysia kerana mencaci agama lain – Mujahid

KAEDAH berdebat dengan merendah atau menghina agama lain tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik.

Sambil memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik yang sering dianggap merendahkan agama lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kaedah itu tidak sesuai dengan budaya negara ini.

“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin.

Mujahid berkata, segelintir umat Islam suka merendahkan maruah agama lain dengan mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, sedangkan Islam itu tidak membezakan sesiapa.

Katanya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengaitkan sebarang bangsa dengan Islam.

“Jangan sempitkan fahaman kita kerana itu hanya akan menyebabkan orang lain berasa Islam itu sempit.

“Perkembangan dakwah dalam Islam juga tidak pernah mengamalkan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain.

“Islam tidak pernah mempraktikkan memaki hamun apatah lagi mencerca agama lain,” katanya.

Beliau menegaskan umat Islam tidak seharusnya terhimpit dengan perkauman sempit kerana ia akan menghalang perpaduan kaum yang wujud di negara ini.

Tegas beliau, sebagai negara majmuk umat Islam seharusnya menerima perbezaan itu dengan berfikiran terbuka dan saling memahami antara satu sama lain.

Katanya negara ini tidak wujud secara spontan malah ia terbina daripada pelbagai kaum, agama dan etnik.

“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat.

“Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya.

Mujahid berkata sebagai kerajaan baharu, peranan dimainkan tidak sekadar menjaga Islam tetapi lebih daripada itu memastikan keharmonian negara terpelihara.

Beliau arif mengenai perkara berkenaan dan Malaysia baharu yang dilaungkan bermaksud tekad untuk mengembalikan keaslian kendiri masyarakat negara ini yang sebelum ini ‘dirompak’ hingga menyebabkan ia memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat.

“Malaysia baharu bukan bermakna kita mahu lupakan sejarah atau membuang segala peruntukan dalam perlembagaan sebaliknya memperbaharui apa yang seharusnya diperoleh rakyat.

“Rakyat boleh pilih sama ada kekalkan kehendak mengiktiraf kepelbagaian itu sebagai identiti atau biarkan perkauman sempit membelenggu minda yang nyata tidak memberi sebarang manfaat,” katanya.

Sementara itu Azizan, berkata sejak ditubuhkan pada sejak tahun 1992 pihaknya sudah mengadakan lebih daripada 60 dialog berhubung agama di dalam dan luar negara yang antara lain bertujuan memberi kefahaman antara masyarakat di negara ini.

Sumber: Harian Metro

18 Comments

  1. Mila

    Satu komen bodoh seorg Menteri kerana tidak tahu membezakan antara cacian dan perbahasan atau debat perbandingan agama.. menteri agama apakah ini??

    • Botal hidup

      Oiiii ni ke Cr hormat pd menteri….belajar hormat dl.sblm nk Komen org lain Komen diri sendiri dl.ckp senang tp nk sempurnakan byk halangan.

      • Aris Bin Zainuddin

        Dia menteri PH, bukannya menteri untuk semua rakyat Malaysia (terutamanya Islam).

    • Ada otak

      Debat ??? Kau perna dengar zakir naik ??? Mila Kau ini perna pergi sekolah kah ??? Bodoh ! Zakir itu tak perna Bagi orang berdebat Sebab dia tahu dia Akan kalah debat .

      Kau Suka kah orang lain dalam nama debat caci agama mu ??? Hormat orang … Dunia ini Bukan Saja untuk agama mu !!

      Kalau agama dia Saja betul keluar Dari Europa dan negara Yang Bukan milik agama mu . Kenapa mahu ke negara kafir Makan uang kafir … pakai wang kafir Untuk bina tempat sembayang agama mu!!!

      Orang Europa Ada pelajaran Sebab itu dia Bagi kebebasan untuk semua …. Bukan macam Zakir Dr hitam itu .

    • Hang tu Mu Jahit tak sesuai langsung jadi Menteri Agama. Kita bg peluang kpd hang satu penggal saja. Pastu balik kampung main dg cucu2.

  2. Nantha

    Menteri . Thanks to you . You have my change my perception about Islam which I have wrong understanding after listen to many talk by Dr Naik

  3. Anand

    Oi, menteri bukan bodoh, awak yg bodoh adakah Islam praktikkan memaki hamun…merendah….menghina agama lain ramai sokong menteri ini berani bukan macam menteri lain

    • Dr Zaki Naik tak pernah maki hamun ugama lain. Dia selalu menceritakan tentang perbanding agama utk menerang tentang kebenaran. Contoh….Tentang Nabi Isa (Jesus) . Dr Zaki naik menceritakan Nabi Isa ada Pesuruh Allah. Tp ada ugama lain menganggap JESUS tu adalah Tuhan. Itu buka mencaci atau menghina.

    • Nizam

      Sila Buktikan ada perkataan yg diucapakn dalam ucapan Dr zakir yg menhina dan merendahkan agama lain.. ?

  4. cacian bapak kau

  5. Alias Darus

    Sama ada pengarang atau menteri yang tak betul.
    Sila bagi satu bukti rakaman video atau masa tarikh bila Zakir Naik Mencaci, Mencerca atau Memaki Hamun. Sebab sepanjang pemerhatian saya, belum pernah terjumpa.
    Fitnah jika tidak ada bukti!

  6. Ibrahim tamanan

    Zakir Naik tidak pernah mencaci atau merendahkan agama lain kerena dalam agama islam itu sendiri melarang umat nya menghina atau mencaci agama lain . Janganlah kamu menghina agama lain kerana mereka akan membalas lebih teruk lagi .larangan ini Ada dalam Al Quran. Bagaimana seorang yang celik agama islam menghina agama lain sedangkan dia telah dilarang oleh tuhannya. Bacalah terjemahan alquran biar sama sama Kita berkongsi ilmu Allah swt. Banyak orang telah masuk Islam kerana dakwanya tetapi menteri Kita berapa Banyak orang yang telah masuk Islam kerana dakwanya.
    Lihat Banyak vedio nya until pencerahan.

  7. syawal

    Ni la sebab kenapa ada negara Islam dan Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara.

    Kalau apa zakir naik kata dikata tak sesuai diMalaysia baik ko declare Malaysia ni negara milik semua agama.

    Biar je Zakir nak ceramah… sebab kita masuk negara barat. kita hormat law barat.. ni negara Islam jd pahamkan dan hormat Islam.

    Kalau berterusan camni… nanti jadi cam palestin… sampai negara dah takde.. tapi nanti di Malaysia akan jd penjajahan iman… sampai Islam tak bole dibincang kat khalayak…

    India ade negara utk hinduisme… buddha ada thailand… bia la satu msia ni utk tunjukkan norma Islam sejati

  8. Javeed

    Terima kasih Menteri. Biar Malaysia kekal dgn Islam secara harmoni. Tak payah jenis Salafi dan Wahabi. Banyak orang Islam di Malaysia suka ikut tanpa tahu hala tuju. Ajaran Salafi dan Wahabi akan hancurkan keharmonian negara sampai cetus petang.

  9. Peace

    This is what we called a minister with low observation but yet wants to talk. Yes Dr. Zakir Naik’s debate is intense but yet he have points with proofs from the holy books of all other religion. For so long other religions have missunderstanding and duly make fun of Islam, he and his teacher the late Mr Deedat have come to clear this jokes and misunderstanding. Mujahid you are such a lame so called Islamic minister and you dont even study the matter. To other religion brother and sisters, if u dont believe what Zakir Naik said in his debate it doesnt matter because he is preaching in comparitive religion perspective. If you think that your religion is correct then its up to you but you dont have to hate him due to your non competent priest or monk or avengelist when they debate with him. I tell you watch the videos, these people doesnt even study their holy books. How come you guys adore these people while they dont even understand the books and then preach wrong religious lesson? Ask yourself, do you want to know the truth or you just afraid of it? If the highest ranking people in your religion doesnt have the guts to debate with Zakir Naik then what this truly means? Have you ask yourself why?

  10. Buang bin Atip

    Tetapi bangsa cina dan India dan melayu liberal menghina Nabi Muhammad SAW, mencaci islam, menghina Al Quran kenapa menteri diam. Apakah Islam perlu diam bila agama dihina.

  11. Jiwa

    Dek ni yg anti Zakir Naik tu?,..bab mana yg dia mencaci ugama lain??..apa yg Dr Zakir Naik bentangkan semua berdasar fakta..dan DZN juga cuba sedaya upaya berdebate dgn cara beralas..Yg tk sesuai tu dia..nnti dia Jwb la kat Akhirat nnti soal ugama ni yg dia ckp tk sesuai..😂

Leave a Reply

Theme by Anders Norén