Dakwaan calet Pulau Perhentian anjur pesta liar disahkan palsu

BESUT – Siasatan mendapati dakwaan penganjuran pesta tarian separuh bogel yang kononnya oleh sebuah calet di Pulau Perhentian dekat sini baru-baru ini disahkan palsu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian tarian tidak senonoh yang tular di media sosial sejak hujung minggu lalu itu sebenarnya berlaku pada tahun 2017 dan ia bukannya anjuran calet berkenaan tetapi berlangsung secara spontan.

” ‘Wanita’ yang berpakaian separuh bogel di dalam video terbabit bukanlah pelancong asing tetapi sebenarnya seorang mak nyah berasal dari Sabah.

“Aksi dia (maknyah) dan beberapa rakannya yang dipercayai mabuk telah menari dalam keadaan separuh bogel pada dua tahun lalu telah dirakam sebelum hanya dimuat naik di dalam sebuah akaun Facebook baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Daerah Besut di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Ahmad Azizi Zulkifli tidak menolak kemungkinan penyebaran klip video lama dengan dakwaan kononnya ia dianjurkan sebuah calet di Pulau Perhentian baru-baru ini berunsur sabotaj dan fitnah.

Menurut beliau, ia kerana siasatan pihaknya mendapati individu yang disyaki menyebarkan klip video itu pernah memohon lesen membuka pusat urut di pusat peranginan terkenal terbabit tetapi tidak diluluskan MDB.

Kosmo! semalam melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman memberitahu, kerajaan negeri sedang menyiasat penganjuran pesta tarian separuh bogel tersebut. – K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *