Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal Intan Ladyana yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Harris Aliff bertempat di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada 5 Februari lalu.
Namun disebalik kegembiraan mereka, timbul pula isu yang kurang sedap didengar mengenai bunga tangan ataupun hand bouquet yang digayakan oleh Intan pada hari pernikahannya itu sebenarnya adalah hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.
View this post on Instagram
Menurut pemilik @fleurytale.my yang dikenali sebagai Elissa, dia menerima tempahan daripada @haejabudiman.co namun tidak mengetahui bahawa mereka juga pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon berkenaan.
“Saya dihubungi oleh seseorang yang saya tidak tahu pun dia merupakan âfloristâ juga. Pada mulanya saya tidak tahu dan menyangka dia ingin membelinya untuk kawan.
âBiasanya untuk tempahan, saya menyediakan borang kepada para pelanggan untuk isi maklumat mereka termasuklah akaun Instagram, tetapi dia tidak mengisinya dan saya anggap dia tidak memiliki Instagram,â ujarnya.
Malah florist berkenaan juga tidak mahu Elissa meletakkan apa-apa kad yang memaparkan brand beliau di bunga tangan berkenaan.
âKemudian, dia cakap tak perlu letakkan kad. Awalnya, saya macam âoh saya memang tak letak sebarang kad, cuma tag âbrandâ saya sahajaâ. Dan dia kata tak perlu letakkan tag âbrandâ juga, jadi saya akur atas permintaannya,â jelasnya.
Elissa kemudiannya mendapati bunga tangan yang telah digubahnya itu dijumpai di laman explore Instagram, tetapi hasil kerjanya itu telah dikreditkan kepada florist tersebut dan bukan mereka.
“Keesokan harinya (6 Februari), Intan ada dalam laman âexploreâ saya dan bunga tangan itu kelihatan sangat âfamiliarâ.
âRupa-rupanya, ia memang hasil tangan saya kerana persamaan yang ditonjolkan terlalu banyak, reben pun memiliki warna sama dengan gubahan saya. Lepas itu, saya nampak ia dikreditkan kepada Haejabudiman.co,â katanya.
Meluahkan rasa kesal, Elissa merasakan bahawa dirinya ditipu dan kecewa kerana florist berkenaan tidak bersikap jujur dalam hal tersebut.
Dalam pada itu, Elissa berkata dia sudah menghubungi âfloristâ itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang isu berkenaan.
Menurutnya, pemilik âfloristâ itu memohon maaf selain memberitahu bahawa dirinya kini sedang berpantang dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui dalam kontrak bersama Intan.
Disebabkan itu mereka terpaksa berbuat demikian dan turut memohon maaf dengan apa yang berlaku.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Elissa meminta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi kerana isu tersebut masih dalam siasatan mereka.
Difahamkan lagi, pihak pengurusan pelakon itu mengetahui perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Leave a Reply