Portal berita terbaik anda

Politik

‘Cybertrooper’ PH rela mati dilanggar lori kerana memfitnah

Seorang ‘cybertrooper’ Pakatan Harapan yang memfitnah KKM termasuk Menteri Kesihatan rela mati dilanggar lori sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Individu bernama Teuku Shafiz Rullah meninggalka komennnya dalam satu posting yang berbunyi “Selamat berbuka puasa. Don’t worry. Kalau saya bohong, sekejap lagi saya mohon Tuhan matikan saya accident langgar dengan lori’

Terdahulu, Teuku Shafiz Rullah telah membuat satu posting di Facebook yang mendakwa lima orang pegawai Menteri dan kementerian itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun hari ini, KKM dalam satu kenyataan tampil menafikan dakwaan tersebut selain turut membuat laporan polis terhadap Teuku Shafiz Rullah kerana memfitnah.

“Posting di Facebook berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.

“Posting itu antara lain mendakwa ‘Menteri Kesihatan juga terlibat’ dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta,” kata kenyataan itu.

Loading...

Leave a Reply