Portal berita terbaik anda

Utama

Cukai alat penyapu lantai dikurangkan kepada 5 peratus – Guan Eng

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan cukai itu adalah lebih rendah daripada kadar enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat penyapu lantai.

“Kementerian Kewangan berharap peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan semata-mata kerana SST. Peniaga mesti ketahui bahawa SST adalah cukai seperingkat di mana cukai jualan hanya dikenakan sekali sahaja ke atas harga pengimportan atau pengilang.

“Manakala GST adalah cukai berperingkat dan cukai yang pengguna kena bayar adalah berdasarkan kepada harga peruncit yang jauh lebih tinggi daripada harga pengimportan atau pengilang yang membayar SST,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu Guan Eng berkata, beberapa penambahbaikkan akan dijalankan oleh kastam pada bulan ini agar dapat memudahkan peniaga dan memastikan SST tidak akan meningkatkan kos yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

“Perlu diingatkan bahawa kerajaan hanya dijangka mengutip RM21 bilion daripada SST berbanding dengan RM44 bilion di bawah GST bagi 2019. Rakyat seharusnya menerima menfaat pengurangan kutipan cukai sebanyak RM23 bilion ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply