Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Cuaca panas melampau, Israel dilanda 100 kebakaran besar dalam beberapa hari

BAITULMAQDIS – Israel menghantar pasukan bomba dan pesawat untuk mengawal kebakaran berhampiran Baitulmaqdis selepas cuaca panas melampau mencetuskan kebakaran hutan di seluruh wilayah itu.

Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam memaklumkan kira-kira 100 kebakaran dilaporkan di Israel sejak beberapa hari lalu.

“Kira-kira tiga atau empat kawasan terpaksa dipindahkan. Sebanyak 12 pasukan bersama empat pesawat dikerah di Lifta berhampiran lebuh raya utama ke Baitulmaqdis untuk mengawal api marak,” katanya.

Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan kawasan di Sodom berhampiran Laut Mati mencatatkan suhu 49.9 darjah Celsius yang merupakan rekod paling tinggi sejak 1948.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran besar itu yang mungkin berpunca daripada kecuaian dan diburukkan lagi oleh suhu tinggi, kemarau serta tiupan angin. – AFP

Leave a Reply

Theme by Anders Norén