Portal berita terbaik anda

Viral

‘Crown’ reput dan mekap buruk, pengantin sedih dianiya mak andam

SETIAP pengantin yang melangsungkan perkahwinan pastinya mahukan penampilan mereka terlihat sempurna dan cantik ketika bersanding di atas pelamin.

Jadi, peranan mak andam atau MUA pastinya amat penting dalam memastikan pengantin terlihat menonjol ketika hari bahagia mereka.

Namun, ada juga yang bernasib kurang baik apabila menjadi mangsa penipuan mak andam sehingga majlis yang sepatutnya merupakan hari istimewa berubah menjadi hari yang memalukan.

Hal ini dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin di Facebook apabila didandan dengan sambil lewa oleh mak andam dan hasilnya sangat mengecewakan.

Menurutnya, dia berasa dianiya apabila jurumekap menatarias wajahnya dan menyediakan veil serta crown dengan sambil lewa.

Lebih menyakitkan hati, apabila dihubungi untuk mendapatkan penjelasan, hanya bluetick WhatApps sahaja diterima.

“Assalamualaikum .dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tp yg dapat hanya bluetick sahaja .Entahlh sedih kecewa semua ada tak thu nak rasa apa bila kena aniaya mcm ni,” tulis Yana.

Tambah Yana lagi, tiada langsung permohonan maaf diterima apabila ditegur dan pihak mereka seakan tidak boleh terima kenyataan apabila hasil kerja mereka dipertikai pelanggan.

“Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang. Bagi crown yang dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah colour lusuh putihnya. Tak tahu la nak cakap apa dh. Niat nak berbincang dgn baik tapi yang dapat ibarat dihalau,” tambahnya.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Yana.

Mereka mengkritik tindakan yang dilakukan pihak butik kerana memperlakukan pengantin dengan sebegitu lebih-lebih lagi di hari bahagia mereka dan sudah pun telah mengeluarkan modal yang besar untuk perkahwinan.

Dalam pada itu, seorang netizen telah mendedahkan identiti butik tersebut yang dipercayai terletak di Kuala Selangor dalam ruangan komen.

Di sebalik kesedihan yang nemimpa Yana, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz yang turut bersimpati menawarkan perkidmatannya untuk mendandannya secara percuma.

Jadi, sama-sama kita nantikan hasil mekap dari MUA Bellaz.

Loading...

Leave a Reply