Portal berita terbaik anda

Utama

Covid-19: Virus lebih cenderung ‘membunuh’ lelaki dan orang gemuk

HONG KONG – Satu kajian mendapati bahawa golongan lelaki dan orang gemuk sukar untuk bertahan jika dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut South China Morning Post, kajian itu mendapati kematian di hospital di United Kingdom (UK) lebih banyak membabitkan kedua golongan itu.

Menurut kajian yang belum diberi ulasan itu, kesudahan yang kurang baik biasanya terjadi kepada orang tua, lelaki dan orang gemuk di mana keadaan teruk boleh dilihat pada golongan lelaki tanpa mengira usia.

Penyelidik percaya bahawa orang gemuk lebih terdedah kepada kematian berbanding kumpulan lain kerana mereka mengurangkan fungsi paru-paru dan mungkin lebih banyak keradangan pada tisu adipos, iaitu tisu lemak yang terdapat di bawah kulit dan sekitar organ dalaman.

Ia kemudian menyumbang kepada peningkatan “ribut sitokin” (komplikasi dalam penyakit pernafasan), iaitu reaksi berlebihan yang berpotensi mengancam nyawa terhadap sistem ketahanan badan.

Kajian diketuai profesor Edinburgh University, Liverpool University dan Imperial College London berdasarkan data diperoleh dari hampir 17,000 pesakit di 166 hospital di UK antara Februari 6 dan 18 April, mendapati ia menjangkiti lebih 170,000 orang dan membunuh hampir 27 orang.

Kumpulan itu (lelaki, orang tua dan orang gemuk) mewakili hampir 15 peratus daripada keseluruhan orang yang positif COVID-19 di UK dan 28 peratus bagi kemasukan ke hospital.

Menurut laporan awal lebih daripada separuh pesakit menghidapi penyakit jantung kronik, diabetes dan penyakit paru-paru kronik bukan asma.

Satu pertiga daripada pesakit meninggal dunia, sementara 17 peratus terus mendapat rawatan di mana separuh daripadanya dibenarkan keluar hospital.

Kajian ini adalah yang terbesar di luar China, pusat awal pandemik, yang memberikan “penerangan terperinci terbesar mengenai COVID-19 di Eropah.” – SCMP

Loading...

Leave a Reply