Covid-19 merebak teruk angkara khianat Perikatan Nasional, kata Khalid

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad terus mempolitikkan isu Covid-19 ketika pihak kerajaan sedang bertungkus lumus untuk menanganinya.

Terbaru, beliau mendakwa krisis yang sedang melanda negara ini berpunca daripada ‘perkhianatan’ dilakukan Perikatan Nasional yang terlalu gilakan kuasa.

“Sebelum itu terkawal. 24 kes, 22 sembuh.. sahaja dalam rawatan. Gelombang kedua pada 27 Feb semasa Kerajaan PN sedang ditubuh, takde kabinet. Kabinet ditubuh 10 Mac.

“Tindakan khianat Azmin, Muhyiddin, Zahid, Hadi dan GPS bawa bala kepada negara. Nak sangat kuasa..tebuk atap,” ciapnya di Twitter.

Dalam ciapan lain, Pengarah Komunikasi PAN itu berkata, pemimpin PN terlalu yakin untuk ‘merampas kuasa’ tanpa memikirkan wabak yang sedang melanda menyebabkan ianya menjadi lebih serius.

“Atas sebab yakin maka dibuatnya rampasan kuasa melalui Langkah Sheraton? Kerana yakin rakyat Malaysia akan mampu hadapi wabak walaupun dikhianati sehingga keadaan wabak sekarang menjadi lebih serius?

“Ya, InsyaAllah rakyat Malaysia akan mengatasinya tetapi kamu tetap pengkhianat!” kata Abdul Khalid yang membalas ciapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin.

Terdahulu, Azmin mengharapkan rakyat Malaysia tabah dan mampu menghadapi COVID19.

“Saya yakin dengan kemampuan dan ketabahan rakyat Malaysia menghadapi cabaran wabak Covid-19.

“Mari kita kukuhkan perpaduan dan persaudaraan menangani ujian ini. Mari kita berdoa agar semua yang dijangkiti segera sembuh,” ciapnya.

Loading...
Published
Categorized as Utama

6 comments

    1. Abang lid ni tengah meroyan teruk….. maklumlah tetiba terlepas jawatan kerajaan yang disandang… ingatkan boleh lah pegang jawatan lama lama terkejut berok la….

  1. Astagfirullah.
    Khalid Abg Samad ini betul-betul manusia berakalkan monyet.
    Wabak covid 19 ini bukannya soal politik. Ini musibbah dari Allah untuk manusia yang bodoh, rakus, tamak, pemfitnah, ego seperti Khalid ini.
    Orang macam dia ni tidak melihat kandungan dalam Al-Quran. Bercakap ikut kesombongan dan kebodohannya dan terus menabur fitnah yang berterusan semata-mata menjaga kobodohan politiknya.
    Nampaknya sekarang ini keanggotaan ketua-ketua politik lahir daripada manusia yang berfikiran bodoh. Bercakap tanpa muhasabbah diri dan membelakangkan hadis sahih dan Al-Quran sebagai pedoman.
    Meluat tenggok gelagat ahli politik zaman sekarang yang kebanyakkannya tidak matang dalam kehidupan.
    Wabak ini adalah tentera yang Allah turunkan kepada manusia akhir zaman yang semakin lupa janji dan tuntutan Allah selama ini. Kerakusan dan kerosakan atas perbuatan kejam manusia menyebabkan manusia tidak kira baik atau jahat tetap menerima akibat dari kezaliman manusia yang jahil dalam agama islam.
    Sedarlah wahai Khalid Abd Samad. Carilah kebaikan sebanyak mungkin selagi Allah beri pinjamkan kamu nyawa yang sangat berharga ini.
    Insaflah wahai semua ahli politik.

  2. Abang lid ni tengah meroyan teruk… maklumlah terlepas jawatan dalam sekelip mata.. dek angkara atok letak jawatan pm sesuka hati.. niat dihati nak pegang lama .. tapi tak kesampaian.. terkejut berok dia. Jatuh kebawah macam nangka busuk…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *