Covid-19: Malaysia rekod 7 lagi kematian hari ini

PUTRAJAYA – Angka kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini meningkat kepada 34 orang selepas tujuh lagi kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes baharu hari ini adalah sebanyak 152 kes menjadikan secara keseluruhan 2,470 kes di Malaysia.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tujuh kes kematian Covid direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya pada sidang media di KKM di sini hari ini.

Berikut merupakan perincian kepada tujuh kematian yang direkodkan dalam 24 jam yang lalu:

  • Kes kematian ke ke-28 (kes ke-2321) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 8.48 pagi.
  • Kes kematian ke ke-29 (kes ke-2123) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam.
  • Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.
  • Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.
  • Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.
  • Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.
  • Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 10.40 pagi.
Loading...

Leave a Reply