Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Covid-19: Malaysia catat kematian ke-21

SEORANG bekas peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi berikutan jangkitan COVID-19.

Kematian warga emas berusia 63 tahun yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) itu menjadikan angka korban COVID-19 setakat ini adalah seramai 21 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa yang juga kes ke-1,588 mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Beliau mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac lalu. Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif dan beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokan harinya.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén