Portal berita terbaik anda

Dunia

Covid-19: Lebih 100,000 anak ayam ditimbus hidup-hidup

RATUSAN ribu anak ayam di Iran ditanam hidup-hidup pada Jumaat lalu kerana kekurangan bekalan makanan akibat pandemik Covid-19.

Kompas.com melaporkan, kisah itu mendapat perhatian selepas tularnya sebuah rakaman video memaparkan ratusan ribu anak ayam yang masih hidup dikeluarkan daripada trak besar, yang kemudian diturunkan di satu kawasan.

Jentolak kemudian dilihat mengangkut tanah untuk menimbus haiwan berkenaan.

Dianggarkan 116,640 anak ayam mati akibat ditimbus tanah berdasarkan pendedahan seorang lelaki di dalam video berkenaan.

Video itu mengundang kemarahan warganet terutama rakyat Iran di media sosial.

Iran dilapor mengalami krisis penurunan harga ayam hidup dan anak ayam berumur satu hari, malah rakyat negara itu juga berdepan masalah kekurangan bekalan jagung dan kacang soya.

Ketua Pertubuhan Pengeluar Ayam Mohammad Reza Sedigh menyatakan keluhan berhubung krisis itu kepada agensi berita ISNA pada Sabtu lalu.

Mohammad Reza turut berkongsi masalah lain dihadapi penternak ayam di Iran sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu.

“Mungkin ada tujuan di sebalik tindakan dilakukan seperti di dalam gambar dan video,” katanya.

Loading...

Leave a Reply