Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Covid-19: Itali catat rekod 250 kematian dalam 24 jam

ROM: Angka kematian akibat wabak COVID-19 di Itali menyaksikan peningkatan mendadak iaitu seramai 250 orang dalam tempoh 24 jam, menjadikan ia negara tertinggi dari segi kematian harian pada Jumaat.

Agensi berita ABC melaporkan, wilayah yang paling terjejas teruk ialah Lombardy di mana kesemua kilang dan pejabat ditutup serta-merta.

Kerajaan Itali pimpinan Giuseppe Conte minggu ini telah mengambil langkah sekatan secara drastik di seluruh negara.

Ia termasuk menutup semua bar, restoran, dan kedai-kedai, serta menyekat perjalanan ke luar negara dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun, langkah itu tidak memperlihatkan keberkesanannya apabila jumlah angka kematian meningkat 25 peratus dalam tempoh satu hari kepada 1,266 kematian, kata Ketua Agensi Perlindungan Awam negara itu pada Jumaat.

Jumlah kes yang disahkan pula meningkat dari 15,113 kepada 17,660, iaitu pada kadar 17 peratus.

Ketua Kesihatan Lombardy Giulio Gallera dilaporkan berkata langkah sekatan yang diambil kerajaan itu jelas tidak mencukupi di wilayah berkenaan, apabila ia mencatatkan satu pertiga daripada jumlah kematian di Itali.

“Kami mahukan pengecualian untuk Lombardy,” katanya yang mahu melihat penutupan kesemua kilang, pejabat, dan pengangkutan awam di wilayah itu.

“Jika kami boleh bertahan dalam tempoh lapan hari, kemungkinan besar keadaan akan berubah,” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén