Covid-19: Hanya 16 kes positif baharu hari ini, paling rendah sejak pelaksanaan PKP

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi jumlah harian terendah pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 6,742 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,410 kes.

Katanya, bagi kes sembuh pula sebanyak 110 kes dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,223 kes atau 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 109 kes, iaitu 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *