Portal berita terbaik anda

Utama

Covid-19: Dua warga emas sembuh selepas jalani terapi plasma

DUA warga emas pesakit Covid-19 sembuh daripada masalah pneumonia selepas dirawat dengan plasma daripada pesakit yang telah sembuh.

Saintis mendapati plasma iaitu cecair dari darah pesakit yang telah sembuh dan mempunyai antibodi terhadap virus berkenaan membolehkan pertahanan badan melawan virus itu.

Terapi plasma berpotensi menjadi ‘rawatan alternatif untuk pesakit kritikal yang tidak bertindak balas dengan ubat antiviral’, kata Choi Jun-yong seorang doktor dan penyelidik di Severance Hospital di Seoul yang merawat kedua-dua pesakit berkenaan.

Seorang daripada pesakit itu adalah lelaki berusia 71 tahun dan tidak memiliki sebarang penyakit serta beransur baik selepas diberikan rawatan plasma selain pemberian steroid.

Sebelum itu, dia diberikan ubat untuk rawatan malaria selain bantuan pernafasan.

Manakala, seorang lagi pesakit adalah wanita berusia 67 tahun dan tidak bertindak balas dengan rawatan menggunakan ubat malaria, ubat HIV dan terapi oksigen.

Dia hanya semakin pulih selepas terapi plasma dan pengambilan steroid.

Penemuan ini diterbitkan dalam Journal of Korean Medicine.

Kwon Jun-wook, pegawai di ibu pejabat Pusat Kawalan Penyakit Seoul berkata, terapi plasma disifatkan ‘penting’ dalam keadaan semasa yang tiada vaksin atau rawatan khusus untuk melawan virus berkenaan.

Beliau juga mempelawa pakar untuk mengkaji dua kes berkenaan secepat mungkin.

Loading...

Leave a Reply