Portal berita terbaik anda

Info

Cium isteri setiap pagi bantu kurangkan berat badan

Untuk pengetahuan anda, bercium adalah salah satu aktiviti yang sihat dan mampu meningkatkan kesihatan badan anda. Mungkin ianya kedengaran agak lucu tapi itu adalah salah satu fakta.

Tetapi jangan pula cim sembarangan orang. Apa yang hendak dikongsikan ini adalah untuk mereka yang sudah berumahtangga.

Ada beberapa kelebihan dan keistimewaan jika anda kerap bercium, berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita.

Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Pelik namun itulah fakta yang anda perlu percaya! Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

Proses ciuman yang berlaku lebih dari tiga minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stres. Jadi jika anda dalam keadaan stres, anda boleh peluk dan cium isteri anda ya. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stres.

Selain itu, pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup lima tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

Ciuman juga mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.

Selain itu, ianya dapat membakar kalori sehingga 2 hingga 3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.

Satu ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.

Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.

Ketika anda sedang bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Jadi lepas ini jika hendak kurangkan berat badan, kerap la peluk pasangan anda ya,sebenarnya ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim anda dengan pasangan juga. Tidak rugi pun jika anda mencuba.

Loading...

Leave a Reply