Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

China didakwa ‘curi’ organ tahanan Uighur

PETALING JAYA – Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) diberitahu kerajaan China “mencuri” organ etnik Islam Uighur, lapor Business Insider.

China Tribunal, kumpulan tekanan yang menyiasat kecurian organ pada mesyuarat tegang UNCHR berkata kerajaan China mengambil hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit dari kumpulan teraniaya di negara itu, termasuk etnik Uighur dan ahli kumpulan agama, Falun Gong.

China bagaimanapun menafikan melakukan operasi mencuri organ secara besar-besaran.

Peguam untuk Tribunal China, Hamid Sabi, berkata kumpulan itu mempunyai bukti pengambilan organ.

Sabi berkata kumpulan itu mendapati China melakukan “jenayah terhadap kemanusiaan” dengan mencuri organ dari minoriti agama seperti Uighur dan ahli Falun Gong yang diharamkan dan dianiaya secara meluas oleh kerajaan China.

“Pengambilan organ secara paksa dari tahanan, termasuk minoriti agama seperti Falun Gong dan Uighur dilakukan selama bertahun-tahun di seluruh China dengan skala yang signifikan,” kata Sabi dalam video yang diterbitkan di laman web Tribunal China.

Sabi membentangkan bukti dari laporan akhir tribunal itu yang diterbitkan pada Jun, yang mendapati “jumlah yang sangat besar” banduan “dibunuh atas arahan” kerajaan China.

Laporan itu berkata, badan mangsa “dipotong walaupun masih hidup untuk buah pinggang, hati, hati, paru-paru, kornea dan kulit yang dikeluarkan dan menjadi bahan komoditi untuk dijual.

Anggota badan itu kemudiannya digunakan untuk tujuan perubatan, katanya, dengan memberi contoh masa menunggu yang sangat singkat untuk pemindahan organ di hospital China sebagai bukti.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén