Chef selebriti, Anthony Bourdain mati bunuh diri

0
4422

NEW YORK: Personaliti antarabangsa dan chef selebriti, Anthony Bourdain meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana membunuh diri.

CNN mengesahkan kematian Bourdain pada Jumaat.

“Dengan rasa berat hati dan sedih, kami mengesahkan rakan sekerja kami, Anthony Bourdain telah meninggal dunia,” kata kenyataan rangkaian berita itu pada pagi Jumaat.

Bourdain juga merupakan seorang penulis dan pemberita di CNN.

“Kecintaannya pada pengembaraan yang menakjubkan, kawan baharu, makanan dan minum yang berkualiti tinggi serta pelbagai kisah di seluruh dunia menjadikan dia seorang penyampai cerita yang unik.

“Bakatnya tidak pernah menghampakan kami dan kami akan merindui beliau.

“Doa dan ingatan kami bersama anak perempuannya dan keluarga pada detik sukar ini,” menurut kenyataan itu.

Bourdain berada di Perancis kerana terlibat dengan penggambaran episod akan datang siri “Parts Unknown.”

Rakan rapatnya, Eric Ripert yang merupakan seorang chef Perancis menemukan Bourdain dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya pada pagi Jumaat.

Bourdain merupakan seorang yang handal dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Pertama, di dapur dan kedua dalam dunia media.

Beliau mengupas mengenai keadaan manusia dan mengajak penonton berfikir tentang makanan, pengembaraan dan diri mereka dengan cara berbeza melalui program televisyen dan buku-bukunya.

Bourdain juga kerap menerima anugerah daripada industri yang diceburinya. – CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here