Cerita sebenar penampakan tangan dalam kolam renang

0
330

SHAH ALAM – Tiga hari lalu, tular satu klip video seorang kanak-kanak dipegang hantu air ketika sedang mandi bersama bapanya di sebuah kolam renang.

Lokasi kolam renang itu tidak dapat dipastikan namun rakan video pendek itu mengundang pelbagai persepsi netizen.

Ada yang mengatakan bahawa tangan itu merupakan tangan hantu air.

Ada juga yang mengatakan bahawa hantu air itu boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut lemas sekiranya tidak berpaut pada bapanya.

Bagimanapun hari ini, muncul video berkenaan yang berdurasi lebih panjang iaitu selama 52 saat.

Rakaman itu menunjukkan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki di tepi kolam.

Kanak-kanak itulah yang dikatakan sebagai hantu air oleh netizen yang terpedaya dengan video tular tersebut.

Jadi, jawapan tangan misteri itu sudah terjawab. Satu Malaysia kena ‘game’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here