web counter
KUALA LUMPUR - Isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu). Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 dibuat selepas menerima...
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri. Beliau jelas menyindir "program amal" Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma. "Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan...
PUTRAJAYA: Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran. "Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung kepada harga minyak...
KUALA LUMPUR: Ringgit susut ke paras terendah sejak 22 Jan, 2018 ketika ditutup pada Rabu, sebahagian besarnya diheret turun oleh pengaliran keluar berterusan dana asing disebabkan ketidakpasti pelabur terhadap dasar kerajaan baharu, selain pengukuhan dolar US menjelang keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed). Pada 6 petang, ringgit disebut harga...
Di sebalik demam Piala Dunia dan kegembiraan pasukan Senegal selepas menewaskan Poland 2-1 dalam aksi Kumpulan H di Spartak Arena, Moscow malam tadi, peminat boleh sepak tanah air nampaknya boleh tumpang berbangga apabila ‘Malaysia juga layak ke Piala Dunia’. Manakan tidak, meskipun pasukan negara kini menduduki tangga ke-171 dunia, namun...
“Biar papa, asal bergaya”, itulah perumpamaan bagi seseorang individu yang sanggup berhabisan duit termasuk ada yang rela berhutang sana sini semata-mata mahu tampil bergaya. Sesuai dengan perumpamaan itu, Kosmo hari ini memaparkan laporan mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menghabiskan jutaan ringgit bagi menyewa kenderaan mewah untuk dibawa pulang ke kampung...
KUALA LUMPUR: Ringgit hari ini ditutup di bawah paras RM4 berbanding sedolar, sekali gus menyaksikannya berada di atas paras psikologi itu buat kali pertama dalam tempoh lima bulan. Mata wang tempatan itu memulakan dagangannya hari ini pada paras RM3.9975 berbanding sedolar AS dan kemudian terus didagangkan lebih rendah dengan melepasi...
MENJELANG Aidilfitri ini, keluarga empat beranak yang tinggal di kandang kambing mendapat berita gembira apabila badan bukan kerajaan akan membina rumah baharu untuk mereka. Mulai semalam, kandang kambing yang menjadi penempatan Ruslida Kamarazaman, 36, dan tiga anaknya, sejak setahun lalu di Kampung Chegar Bungor, Gua Musang, akibat kemiskinan, dirobohkan Persatuan...
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) telah membatalkan penggantungan pengajian selama lima tahun terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim. Ini selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan menghasut berhubung ucapan yang dibuat Adam beberapa hari selepas BN menang pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013. UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata...
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun adalah antara pegawai kanan pasukan polis yang dijangka dipecat bulan depan, berikutan Putrajaya mengubah fokus “pembersihannya” kepada pasukan itu, menurut laporan akhbar Straits Times Singapura (ST) yang memetik beberapa sumber. “Sebahagian mereka terlampau kaya…Tidak masuk akal bagaimana sebilangannya memiliki begitu...