web counter
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mendakwa orang Melayu yang mengundi serta masih menyokong dua parti terbesar bangsa tersebut iaitu UMNO dan Pas sebagai buta dan tuli. Beliau yang selama ini 22 tahun menjadi Perdana Menteri ketika bersama UMNO mendakwa, para penyokong kedua-dua parti itu juga fanatik...
KUALA TERENGGANU - Kerjasama kian akrab antara UMNO dengan Pas diyakini akan membuka ruang baharu kepada Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menguasai seluruh Pantai Timur dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan kaji selidik, senario itu akan mengubah pola politik terutama di Kelantan...
IPOH: Keputusan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum berkuat kuasa tahun depan tidak bercanggah dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2012, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran. Beliau berkata keputusan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,100 bermula 1 Jan tahun depan, bukan RM1,050, tidak menyalahi akta itu kerana Jemaah Menteri...
Malaysia menarik perhatian dunia luar apabila kerajaan BN yang memerintah negara ini selama lebih 60 tahun tumbang di tangan Pakatan Harapan dalam PRU14 pada 9 Mei lalu. Peralihan kuasa itu sekaligus menyebabkan sebahagian besar jawatan ahli kabinet disandang oleh muka-muka baharu. Salah seorangnya adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu...
MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng dilihat sedang sibuk memberitahu dunia kononnya dia akan membongkar skandal negara. Tetapi itu tidak akan membawa keinginan awam Malaysia untuk mencapai keadilan. Sementara itu, para pelabur semakin tidak puas hati dengan corak pentabiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sudah tentu, pelabur asing mula bertindak menjual segala...
Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini. Katanya kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari. Baca: Kerajaan tangguh laksana janji 100 hari "Kita mencapai kemenangan...
PETALING JAYA - Cadangan penghapusan tol telah dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu kini sedang dibincangkan dan sedang diperhalusi secara teliti untuk mengelakkan sebarang implikasi sebelum keputusan muktamad dibuat oleh kerajaan. "Perkara itu sedang dibincangkan dalam Kabinet,soal nak menghapuskan tol menimbulkan beberapa soalan...
JERLUN: Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH). Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya...
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menegaskan, pelantikan 10 daripada 12 ahli politik PH sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Alpa) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) adalah berdasarkan merit dan kelayakan mereka. Mujahid berkata, kesemua yang dilantik itu mempunyai pengalaman luas yang mampu membantu Yadim mencapai...
Ketika ditanya mengenai keutamaannya sekarang, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata banyak perkara harus dilakukan terutamanya bagi membersihkan 'kekotoran' yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. Guan Eng berkata, setiap hari beliau mendapat penemuan baru yang menyebabkannya tidak dapat tidur pada waktu malam. "Kadang-kala, saya tak boleh tidur di malam hari kerana setiap hari...