web counter
BALING - Dua beranak antara empat maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tiak, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, petang tadi. Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Toyota Vios iaitu Norazizee Kamarudin, 34, dan anaknya, Mohammad Ammar, 4, dari Kampung Seberang Ketil, Kupang di sini. Manakala dua lagi...
BAGAN DATUK - Tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut dipercayai selepas dikelar dan ditetak seorang lelaki dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Sungai Haji Muhammad, hari ini. Kejadian jam 2.30 petang itu turut mengakibatkan ibu dan kakak sulung mangsa parah, sementara bapa cedera ringan. Maklumat...
PAGOH: Sekurang-kurangnya tiga maut dan 25 cedera selepas sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan lori kontena dan lori tangki di kilometer 142.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Pagoh, Johor. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail berkata mereka yang meninggal dunia adalah pemandu bas...
PARIT BUNTAR - Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama seorang rakan terlibat dalam kemalangan di Parit Mat Alam dekat Titi Serong di sini pagi tadi. Kejadian pada pukul 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 17 tahun dan berasal dari Tanjung...
GEORGE TOWN - Seorang kontraktor penyelenggaraan Telekom Malaysia (TM) yang sedang melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah maut manakala dua yang lain cedera dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Burma, George Town kira- kira jam 1.30 pagi tadi. Mangsa Omar Osman, 40, dari Kampung Sungai Mati, Langgar, Kedah meninggal dunia...
KOTA TINGGI - Bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas kenderaan dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Dusun Panti, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian pada 5.10 petang itu mengakibatkan mangsa dari Endau, Mersing maut di tempat...
CHUKAI: "Saya cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit akibat besi penghadang jalan menembusi kereta, namun gagal," kata Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan ibu dan tiga adiknya, di Kilometer 161.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, pagi semalam, yang mengorbankan ibu dan...
KAMPUNG GAJAH: Jenazah tiga beradik yang mati ditetak di rumah mereka di sebuah kampung di Bagan Datuk, selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, dekat sini, malam ini. Jenazah Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2; abangnya, Muhammad Firash Zaffril, 3 dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5, tiba...
PONTIAN - Dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan empat tahun lemas ketika mengikuti keluarganya berkelah di kolam rekreasi Lata Sri Pulai, Pekan Nanas, di sini pukul 1.15 petang tadi. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh memberitahu, kedua-dua mangsa ditemukan lemas oleh orang ramai yang berada di pusat rekreasi...
LIMA sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 12 tahun menemui ajal dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Oya-Sibu berhampiran Balai Polis Stapang, Sibu, petang tadi. Nahas berlaku pada 3.40 petang itu membabitkan Perodua Viva dinaiki mangsa, pikap Toyota Hilux dan Proton Saga selain sebuah bas ekspres serta...