Portal berita terbaik anda

Info

Cara memohon bantuan bekalan makanan B40

Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.

Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

Syarat-Syarat Pemohon:

1) Pendapatan Isi Rumah
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah
Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji
Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh Covid-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga
Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam
Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Borang Permohonan:

Untuk membuat permohonan, sila isikan maklumat diri anda dan keluarga di pautan di bawah

Permohonan bantuan bekalan makanan B40

Loading...

Leave a Reply