Portal berita terbaik anda

Utama

Cara daftar i-Akaun KWSP secara online, guna emel sahaja

Bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) membenarkan pencarumnya mengeluarkan wang dari akaun 2 masing-masing.

Di bawah program yang dinamakan i-Lestari ini, pencarum boleh mengeluarkan wang sebanyak RM500 setiap bulan selama 6 bulan. Permohonan boleh dilakukan secara online dan syaratnya mestilah ada i-Akaun KWSP.

Kalau tiada i-Akaun lagi kenalah mendaftar. Tak perlu tunggu kaunter KWSP buka 15 April nanti, boleh saja buat secara online.

Daftar melalui emel sahaja

1. Untuk daftar i-Akaun, anda boleh buat melalui emel sahaja. Mula-mula masuk laman web www.kwsp.gov.my. Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Automatik akan download borang akaun pendaftaran i-Akaun.

2. Lengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang.

3. Sediakan dokumen yang perlu iaitu:

  • Borang permohonan yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Gambar selfie dengan kad pengenalan.
  • Bukti pemilikan nombor telefon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
  • Salinan penyata akaun bank.

4. Dah lengkap semua butiran, emel permohonan ke alamat: iakaundaftar@epf.gov.my. Pastikan anda meletakkan subjek emel: Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Anda>

Kelulusan tertakluk kepada semakan KWSP dan ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara emel sebanyak satu kali sahaja.

Jika ditolak permohonan seterusnya kenalah buat di kaunter KWSP selepas 14 April nanti.

Loading...

Leave a Reply