Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Cara-cara mengenal pasti restoran mamak Muslim atau bukan

Isu restoran Ammer Corner yang tidak memiliki sijil halal telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana, ramai yang menganggap restoran tersebut merupakan milik India Muslim atau mamak kerana di dalamnya diletakkan ayat-ayat Al-Quran serta nama Allah dan Rasul.

Pemilik sebenar restoran Ammer Corner adalah seorang yang beragama Hindu malah dia juga didapati menggantung bungkusan kain kuning dipercayai azimat di sebelah ayat al-Quran.

Pendedahan ini sangat penting kepada orang Islam supaya tidak lagi ditipu oleh restoran-restoran ‘mamak’ ini. Berikut ada beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada restoran mamak tersebut dimiliki oleh orang Islam atau bukan.

1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén