Tonton trailer rasmi terbaru ‘Captain Marvel’

0
93

Peminat filem Marvel Studios pasti sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan filem adiwira terbaru mereka, Captain Marvel muncul di layar perak.

Dua bulan lalu, pihak Marvel telah melancarkan trailer rasmi pertama Captain Marvel dan hari ini tiba pula giliran buat trailer rasmi kedua.

Trailer terbaru ini menceritakan tujuan sebenar Carol Danvers atau Captain Marvel datang ke bumi dan bagaimana beliau terpilih menjadi ‘Noble Warrior Heroes’.

Walaupun baru beberapa jam dimuat naik, ia telah mendapat tontonan lebih 2 juta peminat di Youtube.

Tonton trailer ini untuk mengetahui serba sedikit asal usul Carol Danvers aka Captain Marvel sementara menunggu trailer filem Avengers 4 yang dikatakan bakal keluar pada hari esok.

Selamat menonton!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here