Calon PH berjanji akan selesaikan semua masalah rakyat jika menang

KUALA LUMPUR – Jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini, keesokannya juga masalah penduduk akan cuba diselesaikan.

Itu merupakan janji calon PH, Muhammad Aiman Zainali, 30, di hadapan kira-kira 150 penduduk Batu 26, Beranang di sini malam tadi.

Katanya, beliau berusaha untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan masalah jalan raya berlubang, tiada lampu jalan, sampah sarap dan pendatang asing tanpa izin.

“Dalam beberapa hari ini, saya sudah bertemu dengan penduduk. Banyak aduan dan keluhan tentang jalan raya sempit dan berlubang; lampu jalan yang tidak bernyala, sampah sarap serta pendatang asing.

“Jadi, dua haribulan kita menang, tiga haribulan saya selesaikan semua masalah. Saya akan usahakan,” katanya sewaktu berucap di sini yang mendapat sorakan dan tepukan para penduduk.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *