Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Buta kalau masih tak nampak Melayu dilayan kelas kedua

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan apabila masih ada pihak yang tidak nampak bangsa Melayu kini dilayan seperti kelas kedua.

Menyifatkan mereka itu sebagai ‘buta’, beliau kesal kerana bangsa Melayu seolah-olah dianaktirikan di negara dan tanah air sendiri.

Mengambil contoh isu kematian mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Muhammad Adib, beliau berkata, kedua-dua kes itu dibela secara tidak adil, hanya kerana perbezaan bangsa.

Katanya, walaupun sudah lebih 10 tahun pemergian Beng Hock, namun kematiannya masih dipertahankan oleh kaum Cina sehingga kini.

“Sebaliknya apabila kita bangkitkan isu Allahyarham Muhammad Adib, mereka minta kita diam,” katanya dalam temubual Wacana Sinar, Islam Pasca PRU 15, di Dewan Karangkraf, Kumpulan Karangkraf, di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Ridhuan mengakui isu tulisan khat di sekolah vernakular juga seperti tidak mendapat sokongan, malah ditentang oleh kaum Cina.

“Apabila masuk isu tulisan khat dan jawi, orang Melayu sudah dikira baik mengikut telunjuk mereka dengan membenarkan tulisan berkenaan jadi tiga muka surat daripada enam muka surat, itu pun mereka masih tidak puas hati lagi dengan mengadakan petisyen untuk batalkan pelaksanaan berkenaan.

“Umpama sudah diberi betis hendak peha. Dulu kita kata, ketegangan kaum semakin meningkat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), hari ini, bukan sahaja meningkat, malah melonjak naik, dan ianya disebabkan tindakan serta perkataan yang menyakitkan hati oleh parti rasis DAP,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengkritik seorang wartawan Cina yang tiada pengetahuan mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan walaupun berwarganegara Malaysia.

“Jika anda tonton YouTube hari ini, ada wartawan Cina mahu provok Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof, melalui soalan panasnya, tetapi apabila menteri berkenaan tanya semula mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan, beliau terdiam terpinga-pinga kerana tidak tahu.

“Itulah, duduk bergenerasi di negara kita, kerjanya hanya tahu provok orang, salahkan Melayu. Bayangkan rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu, Rukun negara dan Perlembagaaan, bagaimana kita nak jangka mereka menghormati agama Islam?” soalnya.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat di negara ini agar tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang Melayu yang menerima kehadiran kaum lain di negara ini, ketika pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu dibuat.

“Saya amat memahami kenapa orang Melayu begitu baik, dengan memberikan kerjasama dan toleransi yang tiada tolok bandingnya.

“Sebaik-baik orang Melayu, tak pernah mereka Melayukan orang Cina atau India. Mereka juga kekal dengan cara hidup dan sekolah mereka,” katanya.

Loading...

2 Comments

  1. homer lubaton

    betul tu prop melayu akan kehilang kuasa tidak lagi kerana kegagalan mereka sendiri meningkatkan ekonomi mereka berbanding suku cina yang begitu kukuh mereka sehingga mengusai ekonomi negara..sedikit masa lagi suku cina akan menggambil kuasa pentadbiran negara.. jadi siapa yang salah dalam perkara ini…?

  2. ZAKARIA ABDULLAH

    Melayu mengamalkan dan mengambil berat pertuturan kolonialis mengenai kehidupan economi mereka daripada apa yang Ajaran Islam didalam Al Qur’an…!

Leave a Reply

Theme by Anders Norén