Buruh binaan maut dalam perjalan pulang dari tempat kerja

KUALA NERUS – Seorang pekerja buruh binaan maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

Nahas berlaku di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berdekatan Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus kira-kira jam 7 petang Selasa.

Mangsa, Ahmad Tarmizi Yusof, 40, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian mangsa dikatakan dari tempat kerja di Pulau Kambing, Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Ladang Tayor, Setiu.

Sejurus tiba dilokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori.

Susulan itu juga mangsa tersepit di bahagian pemandu dan pihak bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP AbdulRrahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Loading...

Leave a Reply