Burger ayam crispy di Bandar Sunway memang padu!

KUALA LUMPUR ― Jika anda pengemar burger tapi sudah bosan dengan menunya yang sama, boleh cuba burger ayam rangup di Bandar Sunway.

Menu unik di Burger Baek menurut pemiliknya Khairul Fitri Razak, 31, mendapat inspirasi dari burger Zinger yang dihasilkan restoran makanan segera terkemuka Kentucky Fried Chicken (KFC).

“Ilham itu memang datang dari KFC cuma kita buat dengan harga berpatutan dengan niat bersedekah supaya semua orang dapat makan tapi dengan tetap menjaga kualitinya,” katanya kepada ProjekMM.

“Lagi satu faktor kenapa kita ambil inisiatif buat burger ayam rangup ini kerana persaingan besar antara peniaga burger tepi jalan lain, jadi saya fikir kalau nak lebih maju perlu ada sesuatu yang baru”.

Dihidangkan sejak 26 Oktober 2017, beliau, yang mesra disapa Angah, berkata mereka membuat sendiri daging ayam tersebut dengan mengambil hanya bahagian paha.

Tular tahun lalu, Burger Baek menggunakan mesin khas berbanding dapur burger biasa, ayam digoreng langsung digerai atas permintaan pelanggan.

Setiap burger ayam rangup berharga RM4 dan pelanggan mendapat burger bersama salad segar dari Cameron Highlands, mayonis dari luar negara, sos “Thousand Island” dan sos cili.

Harga bagi burger lain pula: burger ayam rangup keju RM5, burger ayam rangup “double” RM7 dan burger ayam rangup “double” keju RM8.

Mereka turut menyediakan burger biasa dengan harga serendah RM3.50.

“Setakat ini sambutan amat menggalakkan. Setiap hari kita berjaya menjual 35 hingga 40 beg roti burger, dengan satu beg mempunyai 40 roti,” kata Angah.

“Kepada pelanggan yang terpaksa beratur dan menunggu lama, kita mohon maaf dan kita cuba tingkatkan lagi kualiti perkhidmatan”.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 6 petang hingga 4 pagi, Burger Baek kini memiliki empat cawangan lain, iaitu di Puchong Permai, Seksyen 13 Shah Alam, Puchong dan Kuantan.

Terletak 700 meter dari Sunway Lagoon dan berdekatan Masjid Al-Husna, gerainya berdepan dengan Pangsapuri Petaling Jaya Selatan (PJS) 8/14.

Boleh taip Burger Baek pada aplikasi peta Waze dan Google telefon anda. Hubungi 017 200 1814 untuk sebarang tempahan atau semak Facebook dan Instagram: Burger Baek.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *