Portal berita terbaik anda

Politik

Bukan taraf Rafizi jadi Adun – Anwar

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli layak memegang jawatan lebih dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Umum PKR itu bagaimanapun menegaskan, nama Rafizi ada dibangkitkan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

“Kamu mahu dia (Rafizi) jadi ADUN? Saya rasa dia lebih layak dari ADUN. Ya, ada nama rafizi dibangkitkan,” katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-13 di sini, hari ini.

Ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan yang terakhir sebelum jawatannya diambil alih Anwar.

Dalam pada itu kata Anwar, proses pemilihan calon kini perlu melalui kajian dan berbeza dari sebelum ini.

“Proses dahulu dari cabang negeri dan bawa ke biro politik, kemudian bawa ke presiden pada masa itu,” jelasnya.

Anwar turut berseloroh meminta media mencadangkan satu nama untuk dijadikan calon di PRK Rantau.

Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.

Petisyen ke atas kerusi DUN Rantau difailkan oleh ahli PKR, Dr S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.

Sebelum ini, Bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin akan mencadangkan dua nama calon wanita pada PRK Rantau.

Loading...

Leave a Reply