Budak tiga tahun mati ditikam 30 kali

0
6193

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudara yang bertandang ke rumahnya di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, dan terdapat kira-kira 30 kesan tikaman pada badan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian, 9.45 malam tadi.

“Suspek yang berusia 21 tahun tidak tinggal bersama mangsa dan keluarganya. Dia datang ke rumah berkenaan dan ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa yang masih bayi berada di rumah.

“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah rumah, manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu nenek mangsa keluar sebentar sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian dan menemui mangsa di dalam stor dengan keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Keluarga berkenaan meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta dan doktor yang memeriksa menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here