Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Miskin budak-budak ni selipar pun takda’ – Ning Baizura

Komentar yang ditulis penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura di laman Instagram InTrend hari ini telah mencetuskan kemarahan netizen.

Ning yang tampil mengulas mengenai situasi sekumpulan kanak-kanak tidak berselipar yang ditahan pihak berkuasa hingga disifatkan netizen kurang sensitif.

 

View this post on Instagram

 

. Haaaa….tahu takut! Tu lah kan kerajaan dah cakap duduk rumah, ni merayau-rayau, bahaya tau. Kasihan pun ada. Harap lepas ni serik ya 👍🏻😂😂❤️ . Sumber: Facebook

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Menerusi komen terbabit, Ning difahamkan cuba berseloroh bersama barisan selebriti lain yang turut menulis komen masing-masing.

“Apa fasal mak bapa mereka kasi keluar.

“Miskin budak-budak ni selipar pun takda,” tulis Ning disertai emoji ketawa.

Bagi segelintir pihak, komen yang ditulis Ning itu tidak wajar apatah dalam situasi sekarang. Rata-rata beranggapan bahawa penyanyi itu sepatutnya membantu kanak-kanak tersebut bukannya meninggalkan komen menghina.

Loading...

Leave a Reply