Budak 2 tahun mati lemas dalam besen

0
1300

JERTIH: Budak lelaki, Mohd Harif Iskandar Rosli, 2 tahun dua bulan, ditemui mati dalam besen di bilik air rumah keluarganya di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa dikatakan masuk ke bilik mandi dan cuba mengambil gelas yang tiba-tiba terjatuh ke dalam besen.

Kakaknya, Nor Ayani Rosli, 9, yang menyedari kehilangan adiknya masuk ke bilik air dan ternampak muka mangsa tersungkur di dalam besen yang berisi air.

Bapanya, Rosli Johari, 37, berkata ketika ditemui mangsa sudah tidak bernyawa dan dikejarkan ke Hospital Besut.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, isterinya, Norhanan Mat Yasin, 27, ketika kejadian sedang membancuh susu untuk arwah tetapi tidak sempat diberikannya apabila mangsa ditemui meninggal dunia.

Mayat mangsa selamat dikebumikan d Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Bual, selepas solat Asar petang ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihak polis mengklafikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here