Boy Iman sertai PPBM kerana Tun M

0
503

KUALA LUMPUR — Pelakon Boy Iman yang pernah ditahan kerana kes penipuan skim projek perumahan RM6.2 juta mendakwa dianiaya oleh seorang bekas menteri dari Barisan Nasional (BN).

Boy, atau nama sebenar Datuk Dr Norul Iman Abd Rahman, 38, berkata dirinya pernah menjadi mangsa ‘permainan jahat’ kerajaan terdahulu dan mahu membongkarkan perkara sebenar.

“Saya akan bersama dalam membongkar setiap permainan jahat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, kerana saya juga salah seorang “mangsa” yang dianiaya oleh salah seorang “menteri” mereka.

“Masanya akan tiba satu hari nanti,” tulisnya dalam Instagram dengan memuat naik gambar kad keahliannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menjadi ahli sejak Mei 2017, pelakon Rumah Sewa RM50 itu berbangga menyertai parti Melayu itu kerana ketokohan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu saya berbangga bersama beliau dan saya tahu ramai lagi berasa sama seperti saya. Banyak lagi sejarah-sejarah beliau yang dicipta dan akan tercipta,” katanya.

Pengarah urusan DBI Properties itu ditahan pada 3 Oktober tahun lalu berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan syarikatnya dan Juta Kelulut Global Resources.

Penerbit filem Blok 404 itu juga pernah terpalit kontroversi memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) secara palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here