Bomoh dipenjara, cabul mangsa kononnya halau makhluk halus

0
25670

KUALA TERENGGANU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan mencabul seorang wanita.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Abdullah Muda, 61, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 39 tahun di kedai di Chabang Tiga di sini kira-kira jam 4 petang pada 30 Oktober 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Hisham Nazir.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa dicabul seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan mengeluarkan gangguan makhluk halus.

Tertuduh dari Marang itu dikatakan meraba kemaluan dan menghisap serta meraba payu dara mangsa ketika menjalankan rawatan ke atas mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di kedai miliknya sebelum didatangi tertuduh yang memaklumkan mahu memandikan mangsa menggunakan daun bidara sebagai susulan rawatan yang pernah dibuatnya sebelum itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here