Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Video makin melampau, netizen lancar kempen boikot YouTuber Alieff Irfan

Alieff Irfan, semakin hari semakin melampau dan biadap. Antara content creator anak negeri Kelantan yang terlaknat!

Perbuatan Alieff Irfan ini secara langsung mencemari nama baik negeri Kelantan yang kita kian lama cuba menjaga dari tercemar.

Orang Kelantan seringkali dicaci dan dicela. Perbuatan Alieff membuktikan apa yang orang luar kata tentang kita adalah benar.

Bukan itu saja, malah video ini memaparkan imej buruk terhadap profession seorang guru! Seorang yang memberu ilmu!

Landasan video Alieff jelas berdasarkan novel ringkas lucah yang terkenal pada sekitar tahun 2004 dahulu dan kini dia cuba menghidupkan kembali dan secara tak langsung memperkenalkan budaya soft-porn kepada followers muda termasuklah budak sekolah yang follow dia.

Channel Alieff Irfan umpama Pusat Pelacuran Digital yang menjual tubuh badan wanita demi mendapatkan revenue dari Google.

Buat talent yang berkhidmat dibawah naungan AI Studio, dinasihatkan untuk berhenti dan cari rezeki yang membawa berkat.

Dia dapat view dari tayangan badan wanita, demikianlah rendah martabat seorang wanita diperlakukan oleh Alieff Irfan.

Netizen telah memberi teguran dan peluang banyak kali kepada Alieff Irfan, tetapi tiada iktibar diambil walaupun permohonan maaf berkali-kali dikeluarkan oleh dia.

Kita bukan hendak menyekat rezeki dia, tapi kalau sampai memalukan Negeri Kelantan, minta maaf. Sampai di sini sahaja sokongan buat Alieff Irfan.

Wahai rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang, Negeri Serendah Sekebun Bunga, naungan para alim ulama’, ayuh kita memboikot Alieff Irfan secara menyeluruh dan kita kuburkan siaran milik dia untuk keharmonian Negeri Kita.

Berikut merupakan modus operandi #BoikotAlieffIrfan

1. Unsubscribe channel Youtube Alieff Irfan
2. Unfollow dia di semua platform media social
3. Kongsikan post ini dengan butang “Share” atau tulis sendiri sokongan kalian terhadap kempen ini.
4. Nasihat kepada kawan-kawan supaya tidak teruskan menonton video milik channel Alieff Irfan.

Sekiranya anda masih menonton, walau sekali view, anda secara tidak langsung menyumbangkan kewangan kepada Alieff Irfan untuk meneruskan mencipta content tidak berakhlak dan bermoral.

BOIKOT!

Leave a Reply

Theme by Anders Norén