Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

‘Boikot aktiviti tunggang gajah…’ – Kejam! Sisi gelap proses menjinakkan gajah terbongkar

GAJAH sangat sinonim dengan negara Thailand. Sesiapa sahaja yang melancong ke negara itu pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menunggang gajah.

Namun dalam keseronokan para pelancong menunggang gajah, hakikatnya ada sisi gelap mengenai haiwan ini yang masih belum diketahui ramai.

Gajah diperlakukan dengan kejam

Menerusi thread di Twitter baru-baru ini, seorang pemuda dengan nama akaun Faizal Ghazaly telah berkongsikan mengenai realiti sebenar betapa kejamnya cara latihan yang diberikan bagi menjinakkan seekot gajah.

Jinak supaya ikut arahan

Difahamkan, demi memenuhi permintaan pelancong yang mahu menggunakan khidmata gajah, para pelatih selalunya akan menjinakan haiwan tersebut terlebih dahulu supaya boleh mengikut arahan.

Pisahkan anak daripada ibu

Menerusi makluman daripada penggunan Twitter yang dikenali sebagai Fuzirbarry pula, anak gajah akan dipisahkan daripada ibunya dan dikurung dalam ‘penjara kayu’.

Dikurung dan didera…

Penuh parut di kepala gajah

Proses menjinakkan gajah digelar sebagai Phajaan. Proses ini memerlukan penjinak menggunakan objek tajam dikenali sebagai Bullhorn lalu dicucuk di badan gajah supaya ia mengikut arahan.

Kalau dapat dilihat, perbuatan tidak berperikemanusiaan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara, boleh dilihat pelbagai kecederaan ditanggung haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.

Dapat rasa gajah-gajah itu sakit, sedihnya

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa haiwan tersebut, dan berharap agar aktiviti menunggang gajah dapat dihentikan.

Gajah tu pun tahu rasa sakit…

Semoga dapat balasan nanti

Jangan sokong aktiviti tunggang gajah

Perkara seperti tidak boleh dibiarkan, memang benar haiwan tidak dikurniakan akal seperti manusia namun jangan pernah lupa bahawa haiwan masih punya hati dan perasaan sama seperti kita.

Sumber: Faizal Ghazaly & Fuzirbarry

Leave a Reply

Theme by Anders Norén