Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari

0
397

Tidak lagi aktif dalam dunia seni, Bob Lokman kini sedang berjuang melawan derita penyakit jantung dan darah tinggi. Menerusi M Star Online, Bob menceritakan bagaimana penyakit itu mengubah kehidupannya.

Difahamkan Bob mula memperlahankan karier seni dan berhijrah setelah jatuh lumpuh pada tahun 1997. Dari situlah masalah lain mula datang apabila Bob diserang sakit jantung dan darah tinggi akibat merokok.

“Saya kuat merokok. Itulah takdir saya pilih dan bukannyaAllah tetapkan. Kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia. Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak sebab dia rasa saya tiada masa depan”

Dugaan yang dilaluinya membuatkan Bob kembali mengimbau lirik yang ditulisnya sebelum ini. Malah kongsinya lagi, sebelum ini pernah ulama menegurnya sombong hingga membuatkan beliau nekad untuk berhijrah.

“Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah hampir 12 tahun. Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada saya sehingga saya tak boleh menulis lagi. Saya tulis sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya”

“Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Bermula dari situlah proses hijrah saya. Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular”

“Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” kongsinya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here