BN jangan bongkak macam Azmin Ali

Di awal kempen PRK Semenyih, Azmin Ali dengan sombongnya menyatakan “ini bukan Melayu Cameron Highlands, ini bukan Melayu Pekan, saya hendak tengok ‘bossku’ (Najib) datang atau tidak”

Akhirnya, Najib Razak turun sebagai jentera membantu sepanjang kempen di Semenyih.

Pakatan Harapan serang Pas macam kain buruk. Dihina dan difitnah saat akhir supaya menimbulkan benci orang Islam kepada Pas.

Di penghujung kempen PH kumpul beribu kaum Cina atas jalan bagi menunjukkan sokongan kepada PH.

Orang Melayu memerhati, berfikir dan bertindak di peti undi.

Tadi Azmin pasti pulang tanpa kata dan air muka.

Tentu Azmin hairan mengapa orang masih sokong BN walaupun Najib Razak sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan rasuah.

Masalahnya, hari ini orang Melayu marah PH melebihi kemarahan mereka kepada Najib Razak. Mereka tidak peduli tuduhan-tuduhan ke atas Najib kerana ia antara Najib Razak dan mahkamah.

Namun orang Melayu sedar jika PH dibiarkan terus bermaharajalela banyak lagi kepentingan Melayu dan Islam akan terhakis.

Azmin bukan sahaja terpaksa menelan kata-kata sombongnya, malah gagal membantu tuan barunya, Tun Mahathir.

Anwar pasti memendam kegembiraan di dalam hati. Menzahirkannya ibarat membunuh diri.

Sumber: Ab Jalil Backer

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *