Blok 404: Babak seks lakonan Adrea Abdullah terpaksa dipotong

0
5212

Mungkin ada yang tertanya-tertanya siapakah wanita ini? Adrea Abdullah, bukan satu nama asing dalam dunia lakonan kerana pelakon ini sudah bertapak dan membintangi pelbagai drama dan filem sejak 15 tahun lalu.

Nama Adrea semakin disebut-sebut gara-gara lakonannya daring lagi-lagi dia memegang watak sebagai wanita jalang dalam filem terbaru arahan Isma, Blok 404.

Memang tidak dapat dinafikan, Andrea berjaya membawa watak ini dengan berkesan sekali sehingga membuatkan kami sebagai penonton rasa jijik dengan aksinya.

Dalam Blok 404, ternyata Andrea yang memegang watak sebagai Gina mampu mempamerkan pergerakan yang menghairahkan. Namun Adrea mangakui dia agak terkejut dan kurang yakin selepas menerima tawaran memegang watak ini.

“Sebenarnya masa dapat watak itu, saya dah risau. Watak itu bukan diri saya, bukan Adrea! saya sendiri tak yakin pegang watak ini selepas membaca skrip. Saya akui rasa meremang bulu roma bila dapat watak ini,” katanya.

Andrea berkata, untuk mengkaji dan melakukan homework untuk melakonkan watak itu dengan cemerlang, dia telah mendapat bimbingan dari Isma juga rakan-rakanya.

“Isma telah meyakinkan saya untuk memegang watak ini dan saya bernasib baik mempunyai kawan-kawan yang mempunyai perangai macam tu (Wanita jalang). Saya jadikan mereka sebagai ‘Case Study’” katanya ketika Sesi pratonton filem Blok 404 bersama media Selasa lalu.

Babak seks terpaksa dipotong

Bila ditanya adakah babak-babak adegan seks itu dipotong atau tidak, ini jawapan Isma selaku pengarah filem.

“Ada babak yang tidak dimasukkan dalam filem ini iaitu babak rakaman cctv dalam bilik di mana gina sedang berasmara dengan pasangannya malah dalam proses suntingan pun, babak ini tak dimasukkan kerana terlalu daring,” katanya.

Adrea berkata, cukuplah sekali dia melakonkan watak yang cukup mencabar sebagai perempuan berperangai yang tak senonoh seperti ini. Bukan mudah itu menjadi diri orang lain dalam sebuah lakonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here