Portal berita terbaik anda

Utama

‘Biarlah arwah bersemadi di sana kerana proses bawa balik jenazah sangat menyeksakan’

Keluarga kepada wanita Malaysia, Rabitah Hamed, 49, yang maut dalam kemalangan di Griffith, Australia semalam, berharap dapat membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pekan Ayer Hitam, Alor Setar.

Namun, Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia tampil memberikan nasihat supaya arwah disemadikan di sana kerana proses membawa pulang jenazah akan melalui satu proses yang sangat menakutkan iaitu ’embalming’ atau pengawetan.

Menurut SPJ Malaysia, proses ini memerlukan darah dalam badan dibuang keluar dan satu cecair bernama formalin akan dimasukkan ke dalam jasad si mati.

Tak habis di situ, perut jenazah akan ditebuk dan satu besi panjang lebih kurang 1 meter yang dikenali sebagai ‘trocar’ akan ditusuk ke dalam perut untuk menghancurkan organ-organ dalaman seperti hati, perut, jantung, limpa, usus dan lain-lain bertujuan untuk membuang darah sebelum semuanya disedut keluar.

Kaedah ini bagi mengelakkan mayat cepat mereput dan membusuk. Meskipun luaran jasadnya nampak elok sempurna tetapi dalamannya hancur sehancur-hancurnya!

“Maka jika kasihankan jenazah, biarlah jasadnya dikebumikan di tempat dia meninggal dunia. Hal itupun bertepatan dengan sunnah.

“Jangan diseksa jenazah lagi setelah dia melalui peritnya sakaratulmaut. Seandainya si mati boleh berkata-kata, sudah tentu dia tidak mahu jasadnya dibawa pulang kembali,” katanya.

Terdahulu, anak sulung mangsa, Rushaniena Izani, 26, berkata, ibunya yang juga seorang ibu tunggal, ke Griffith seorang diri pada bulan Februari tahun lalu untuk bekerja di sebuah kilang pemprosesan ayam di sana.

Menurut Rushaniena, pihak Wisma Putra telah menghubungi ibu saudaranya kira-kira 9.30 pagi hari ini yang bertanyakan sama ada mahu jenazah ibunya dikebumikan di negara berkenaan atau dibawa pulang ke tanah air yang memerlukan kos sekitar RM50,000.

“Buat masa ini, tiada wakil keluarga yang ke sana. Kami sedang mengumpul dana kerana sangat berharap dapat membawa jenazah ibu pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Kali terakhir kami berhubung dengan ibu sekitar dua, tiga hari lalu dan memang tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan oleh ibu kerana dia bersembang dan gelak seperti biasa,” katanya.

Loading...

Leave a Reply