Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

‘Biar kerja kotor janji rezeki tu bersih’ – Pekerja makan tepi jalan buat ramai insaf

SUMPAH sedih tengok dia makan macam ni, demikian kata seorang pelayar Twitter yang berkongsi satu video seorang pekerja lelaki sedang mengalas perut di tepi jalan.

Video yang disifatkan netizen sebagai cukup menginsafkan itu sehingga kini menerima 250,000 tontonan dan dikongsi lebih 11,400 pelayar Twitter.

“Ya Allah, sumpah sedih tengok dia makan macam ni. Tolong la hargai jasa orang yang cari rezeki untuk kita. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Tak semua laki tak guna,” tulis individu berkenaan.

Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan pekerja lelaki yang berseragam dan memakai topi keselamatan kuning sedang bercangkung di sisi penghadang jalan sambil menikmati makanan.

Video itu yang dimuat naik Khamis lalu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Rata-rata mereka menzahirkan rasa simpati dan turut berkongsi kisah keperitan masing-masing.

“Cari rezeki halal untuk keluarga, untuk yang bakal berkahwin dan sebagainya. Bukan perkara mudah. Tak semua lelaki sampah.

“Aku intern dulu pernah je makan sekali dengan pekerja Bangladesh kat kaki lima lot kedai, tepi jalan raya. Kalau kerja sampai dua, tiga pagi aku tidur je atas jalan raya.

“Betul, jangan cuma pandang yang jenis men are trash je, tapi di sebaliknya masih ramai lelaki yang terbaik, cuma kena pandai cari dan pilih yang betul sayang kita kerana Allah . InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Ayam golek pun tak datang bergolek , usaha walau pedih berjalan.

“Aku pernah dalam keadaan macam ni kerja teruk tepi jalan makan pun kat tepi longkang tapi inilah kemanisan pengalaman hidup biar kerja kotor janji rezeki tu bersih,” kongsi beberapa netizen.

“Nampak je makan dekat atas jalan tapi poket tebal tu. Brader tu malas nak keluar dari site je. Haha.”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi serta waktu sebenar video tersebut dirakam.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén