Portal berita terbaik anda

Utama

Bertahun operasi secara haram, khemah besar Jakel Shah Alam dirobohkan

Setiap tahun, Seksyen 7 Shah Alam sememangnya menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli kelengkapan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Namun, hari ini kawasan tersebut didatangi pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mahu merobohkan khemah besar milik Jakel yang didakwa telah didirikan secara haram.

Khemah tersebut dikatakan telah menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB sekaligus mengundang bahaya kepada para pengunjung.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, MBSA telah memuat naik beberapa keping gambar proses merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu sebentar tadi.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dari Jakel berhubung insiden ini.

Awal bulan lalu, Jakel terlibat dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan itu telah memuatnaik kenyataan yang menaikkan kemarahan pembeli di akaun media sosial miliknya.

Kejadian itu kemudian membawa kepada isu boikot terutamanya dalam kalangan pelanggan mereka yang berbangsa Melayu.

Loading...

Leave a Reply