Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Berseluar ketat, netizen kecewa perubahan mendadak Mira Filzah

Semasa mula-mula menceburi bidang lakonan, Mira Filzah dikenali sebagai gadis yang sopan dengan penampilannya menutup aurat, menjaga batas dengan muhrim serta lemah lembut.

Tapi, peminat mula perasan Mira kini lebih terbuka dalam penampilannya dan kian berubah daripada penampilan asalnya.

Perubahan itu nampak sangat ketara dalam drama terbarunya “Sweet Dreams”.

Tambahan pula apabila Mira dilihat mengenakan leggings kulit yang ketat dalam satu entri di laman Instagramnya.

Kebanyakan peminat rata-ratanya kecewa kerana jelas kelihatan perbezaan dengan imej sopan yang dibawanya dahulu.

Bagaimanapun ada yang mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan pakaian tersebut masih sopan kerana Mira memakai baju labuh.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén